20 Februari 2009

Hari Valentine!!! Hari Yang tak Patut anda sambut!!!

esej Penting... Disebalik Hari Valentine Day... Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 13:00:00 MYT oleh TokPenghulu Artikel Pendek Oleh Lutfi " HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..

Adab Terhadap Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah beberapa adap terhadap guru. ADAB MENOLONG GURU PENGERTIAN • Guru ialah orang yang mempunyai ilmu dan menjadi pengajar, pendidik dan pengasuh. • Guru mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati oleh masyarakat. • Kita WAJIB menghormati dan menjaga adab-adab ketika bersama-sama dengan guru ADAB-ADAB MENOLONG GURU ٭ Jujur dan ikhlas ٭ Menawarkan diri untuk menolong ٭ Bercakap dengan bahasa yang sopan ٭ Mendahulukan memberi salam ٭ Menjaga keselamatan harta benda guru ٭ Tidak mengharapkan balasan RENUNGAN • Hormatilah guru, jangan meninggikan suara dan menyakitkan hati mereka. • Guru jambatan ke syurga. • Doa guru amatlah mustajab, mintalah guru kamu mendoakan perkara yang baik ke atas kamu. • Jadilah murid yang sentiasa patuh kepada guru. • Guru umpama ibu bapa kepada anda SEBAB-SEBAB PERLU MENOLONG Mengenang jasa guru Menjadi seorang yang bertanggungjawab Dapat meringankan beban guru Menggembirakan hati guru Merapatkan hubungan murid dengan guru BENTUK PERTOLONGAN KEPADA GURU Mengawal kelas supaya tidak bising Mengumpul dan menghantar buku ke meja guru Membawa peralatan sukan Memadam papan hitam Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan ceria HIKMAH BERADAB MENOLONG GURU Mematuhi perintah agama Mendapat keberkatan ilmu Dipercayai dan disukai Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat Membentuk peribadi mulia Melatih diri menghormati orang yang lebih tua AKIBAT MENGABAIKAN ADAB MENOLONG GURU Tiada keberkatan ilmu Bersikap malas Pentingkan diri sendiri Rendah diri pekerti Tiada disiplin diri Tidak wujud kemesraan antara guru dan murid Tiada kerjasama Menyebabkan diri menjadi sombong

Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Alor Gajah Kali Ke-34,Tahun 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah ke atas limpah kurnia-Nya kepada kita. Hadirin sekalian, Walaupun Sekolah Kebangsaan Melekek tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan olahraga tersebut,saya tetap rasa bersyukur. Sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,Allah Taala telah mendidik saya supaya bersikap lebih sabar,bersikap lebih prihatin dan lebih fokus terhadap sesuatu kerja. Hadirin sekalian, Saya juga bersyukur apabila dikurniakan anak2 murid yang sentiasa menyokong dan sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Mereka berusaha memulihkan maruah saya apabila beberapa orang guru mengherdik SK Melekek yang tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan ini. Mereka berusaha keras walaupun tahu apa kesudahannya. Mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Hadirin sekalian, Sebagai seorang guru, saya berjanji kepada mereka(anak2 murid saya),bahawa saya akan melipatgandakan usaha di dalam menaikkan semula Status SK Melekek di mata Malaysia. Rakan2, kita jumpa tahun hadapan. Bersedialah rakan2ku. Sekian.

15 Februari 2009

Adab Rehlah

PENGERTIAN Anak muridku yang dirahmati Allah, Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya. Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi? ADAB-ADAB KETIKA REHLAH • Berhati-hati memilih tempat. • Pilih tempat yang sesuai dan selamat. • Berpakaian sopan dan menutup aurat. • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat. • Rehlah kerana Allah Taala. • Menjaga persekitaran rehlah,supaya kecantikan dan kebersihan berkekalan serta boleh digunakan oleh orang lain. • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah. • Menjaga maruah diri dan keluarga. • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH ٭ Bergaul bebas ٭ Memakai pakaian yang mendedahkan aurat ٭ Mengotorkan tempat rehlah ٭ Merosakkan harta benda awam ٭ Melakukan perbuatan maksiat ٭ Tidak menghormati budaya di tempat rehlah ٭ Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium. ٭ Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah. ٭ Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. ٭ Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap. HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH ٭ Mendapat keredhaan dan rahmat Allah. ٭ Memelihara keselamatan dan maruah diri. ٭ Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah. ٭ Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

14 Februari 2009

Keliru atau Mampu?

Assalamualaikum, Khas untuk anak-anak murid yang saya kasihi. Mulai dari Mac 2009,saya akan membuka ruang untuk kalian mengakses ke blog saya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kamu. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk memudahkan kamu mempelajari bidang Pendidikan Islam dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di dalam hati sanubari saya sering tersemat semangat dan harapan untuk memupuk rasa cinta kepada Allah Maha Khaliq,Rasul yang Kamil dan Islam yang Agung. Agar kita semua diberi Hidayah dan Keimanan yang berterusan. Wahai anak muridku, Saya akan mulakan dengan tajuk adab rehlah sebagai tajuk pengenalan saya. Untuk pengetahuan semua, Adab Rehlah merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam Bab Akhlak Tahun Enam. Semoga catatan dan panduan ini dapat memberi kamu semua ilmu yang bermanfaat dan dapat kamu aplikasi dalam kehidupan seharian kamu sebagai muslim yang soleh.

Nak Lagi??? Cari di sini...