17 April 2009

Ujian KOAM

Assalamualaikum, Hati rasa berdebar untuk ambil uijian KOAM gred? Andai Tuhan meluluskan ujian, dapatlah kiranya saya ke Olimpik atau paling2 tidak pun SUKMA 2010 di Melaka. Kalian doakan saya berjaya.

20 Mac 2009

Azan Dari Kacamata Saya

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma, hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, kita disaran agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang Muslim kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami, Amin Yarobbala'lamin. Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran saya ini. Subhanallah, Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dari Indonesia, negara yang mempunyai penganut Islam paling ramai, terletak di bahagian timur dengan ribuan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 hingga 1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di Bandar-bandar utama Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya kuasa Allah Taala ! Jika setiap kawasan boleh memasang pembesar suara semaksimum yang boleh, maka, akan bergegarlah seantero dunia ini dengan laungan Azan yang tidak putus-putus. ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

20 Februari 2009

Hari Valentine!!! Hari Yang tak Patut anda sambut!!!

esej Penting... Disebalik Hari Valentine Day... Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 13:00:00 MYT oleh TokPenghulu Artikel Pendek Oleh Lutfi " HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..

Adab Terhadap Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah beberapa adap terhadap guru. ADAB MENOLONG GURU PENGERTIAN • Guru ialah orang yang mempunyai ilmu dan menjadi pengajar, pendidik dan pengasuh. • Guru mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati oleh masyarakat. • Kita WAJIB menghormati dan menjaga adab-adab ketika bersama-sama dengan guru ADAB-ADAB MENOLONG GURU ٭ Jujur dan ikhlas ٭ Menawarkan diri untuk menolong ٭ Bercakap dengan bahasa yang sopan ٭ Mendahulukan memberi salam ٭ Menjaga keselamatan harta benda guru ٭ Tidak mengharapkan balasan RENUNGAN • Hormatilah guru, jangan meninggikan suara dan menyakitkan hati mereka. • Guru jambatan ke syurga. • Doa guru amatlah mustajab, mintalah guru kamu mendoakan perkara yang baik ke atas kamu. • Jadilah murid yang sentiasa patuh kepada guru. • Guru umpama ibu bapa kepada anda SEBAB-SEBAB PERLU MENOLONG Mengenang jasa guru Menjadi seorang yang bertanggungjawab Dapat meringankan beban guru Menggembirakan hati guru Merapatkan hubungan murid dengan guru BENTUK PERTOLONGAN KEPADA GURU Mengawal kelas supaya tidak bising Mengumpul dan menghantar buku ke meja guru Membawa peralatan sukan Memadam papan hitam Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan ceria HIKMAH BERADAB MENOLONG GURU Mematuhi perintah agama Mendapat keberkatan ilmu Dipercayai dan disukai Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat Membentuk peribadi mulia Melatih diri menghormati orang yang lebih tua AKIBAT MENGABAIKAN ADAB MENOLONG GURU Tiada keberkatan ilmu Bersikap malas Pentingkan diri sendiri Rendah diri pekerti Tiada disiplin diri Tidak wujud kemesraan antara guru dan murid Tiada kerjasama Menyebabkan diri menjadi sombong

Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Alor Gajah Kali Ke-34,Tahun 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah ke atas limpah kurnia-Nya kepada kita. Hadirin sekalian, Walaupun Sekolah Kebangsaan Melekek tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan olahraga tersebut,saya tetap rasa bersyukur. Sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,Allah Taala telah mendidik saya supaya bersikap lebih sabar,bersikap lebih prihatin dan lebih fokus terhadap sesuatu kerja. Hadirin sekalian, Saya juga bersyukur apabila dikurniakan anak2 murid yang sentiasa menyokong dan sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Mereka berusaha memulihkan maruah saya apabila beberapa orang guru mengherdik SK Melekek yang tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan ini. Mereka berusaha keras walaupun tahu apa kesudahannya. Mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Hadirin sekalian, Sebagai seorang guru, saya berjanji kepada mereka(anak2 murid saya),bahawa saya akan melipatgandakan usaha di dalam menaikkan semula Status SK Melekek di mata Malaysia. Rakan2, kita jumpa tahun hadapan. Bersedialah rakan2ku. Sekian.

15 Februari 2009

Adab Rehlah

PENGERTIAN Anak muridku yang dirahmati Allah, Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya. Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi? ADAB-ADAB KETIKA REHLAH • Berhati-hati memilih tempat. • Pilih tempat yang sesuai dan selamat. • Berpakaian sopan dan menutup aurat. • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat. • Rehlah kerana Allah Taala. • Menjaga persekitaran rehlah,supaya kecantikan dan kebersihan berkekalan serta boleh digunakan oleh orang lain. • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah. • Menjaga maruah diri dan keluarga. • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH ٭ Bergaul bebas ٭ Memakai pakaian yang mendedahkan aurat ٭ Mengotorkan tempat rehlah ٭ Merosakkan harta benda awam ٭ Melakukan perbuatan maksiat ٭ Tidak menghormati budaya di tempat rehlah ٭ Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium. ٭ Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah. ٭ Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. ٭ Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap. HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH ٭ Mendapat keredhaan dan rahmat Allah. ٭ Memelihara keselamatan dan maruah diri. ٭ Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah. ٭ Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

14 Februari 2009

Keliru atau Mampu?

Assalamualaikum, Khas untuk anak-anak murid yang saya kasihi. Mulai dari Mac 2009,saya akan membuka ruang untuk kalian mengakses ke blog saya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kamu. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk memudahkan kamu mempelajari bidang Pendidikan Islam dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di dalam hati sanubari saya sering tersemat semangat dan harapan untuk memupuk rasa cinta kepada Allah Maha Khaliq,Rasul yang Kamil dan Islam yang Agung. Agar kita semua diberi Hidayah dan Keimanan yang berterusan. Wahai anak muridku, Saya akan mulakan dengan tajuk adab rehlah sebagai tajuk pengenalan saya. Untuk pengetahuan semua, Adab Rehlah merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam Bab Akhlak Tahun Enam. Semoga catatan dan panduan ini dapat memberi kamu semua ilmu yang bermanfaat dan dapat kamu aplikasi dalam kehidupan seharian kamu sebagai muslim yang soleh.

29 Januari 2009

Buka Sekolah 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua, Selawat dan Salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., kekasih ALLAH yang abadi. Tidak dijadikan alam ini,jika tidak keranamu(nabi Muhammad). Ya Tuhanku, terangkan hatiku,sanubariku, dan tunjukkanlah aku pimpinanku, Pembaca sekalian, Rindu rasanya untuk meluahkan hasrat hati dalam blog ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tidak dikemaskini blog saya, semasa cuti sekolah yang lalu(12/2008). Bukan tidak mahu, tetapi tiada masa. Pada waktu cuti yang lalu, saya banyak menghabiskan waktu bersama ibu bapa saya, isteri, anak-anak, adik beradik saya, sahabat daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA), sahabat-sahabat umum, sahabat-sahabat KHUSUS, dan tak lupa juga, saya banyak menghabiskan masa di Kampung Kabong, Inas, Johol, Negeri Sembilan(tanah tumpah isteri saya). Pembaca sekalian, Untuk berada pada tahap kekhusyukan beribadah, kita tidak sewenang-wenangnya boleh melanggar apa yang telah ditetapkan Allah dan diajar oleh Rasulullah. Pada hakikat kejadian manusia, ALLAH memerintah dan memberi kita satu tugasan yang asyik kita lupa, sehingga sering kali kita mementingkan DUNIA, DUNIA, DUNIA!!! 24 JAM DUNIA!!! Mana AKHIRATNYA? Pernah tak kita fikir? Apa tugasan kita? Ya, IBADAH***** . Firman ALLAH,"Tidak Kujadikan manusia dan jin, selain hanya untuk beribadah kepada AKU." Pembaca sekalian, Pada hari ini, kita sebagai umat Islam sering ditindas, diperlekeh dan dihina serta dicerca sebagai PENGGANAS!!! Tetapi jika kita yang dibom, dibunuh , dikelar, dirogol beramai-ramai dan sebagainya, tidakkah kita dinamakan MANGSA kepada PENGGANAS!!! Maruah kita akan ditarik sedikit demi sedikit. Kehormatan kita dicarik-carik. Kekayaan kita ditertawakan. Pegangan kita diperlekeh. Ahli agama kita, diperkotak-katikkan. Jadi, apa tugas kita...? Ingat pesan saya ini, ZIKRULLAH (berzikir mengingati ALLAH) dan banyakkan Selawat kepada Nabi Muuhammad S.A.W. Insya Allah, kita pasti selamat. Doakan para Mujahidin mendapat kemenangan ke atas zionis LA'NATULLAH!!! Sekian, Insya Allah ketemu lagi. Wassalam

Nak Lagi??? Cari di sini...