20 Februari 2009

Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Alor Gajah Kali Ke-34,Tahun 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah ke atas limpah kurnia-Nya kepada kita. Hadirin sekalian, Walaupun Sekolah Kebangsaan Melekek tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan olahraga tersebut,saya tetap rasa bersyukur. Sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,Allah Taala telah mendidik saya supaya bersikap lebih sabar,bersikap lebih prihatin dan lebih fokus terhadap sesuatu kerja. Hadirin sekalian, Saya juga bersyukur apabila dikurniakan anak2 murid yang sentiasa menyokong dan sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Mereka berusaha memulihkan maruah saya apabila beberapa orang guru mengherdik SK Melekek yang tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan ini. Mereka berusaha keras walaupun tahu apa kesudahannya. Mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Hadirin sekalian, Sebagai seorang guru, saya berjanji kepada mereka(anak2 murid saya),bahawa saya akan melipatgandakan usaha di dalam menaikkan semula Status SK Melekek di mata Malaysia. Rakan2, kita jumpa tahun hadapan. Bersedialah rakan2ku. Sekian.

15 Februari 2009

Adab Rehlah

PENGERTIAN Anak muridku yang dirahmati Allah, Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya. Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi? ADAB-ADAB KETIKA REHLAH • Berhati-hati memilih tempat. • Pilih tempat yang sesuai dan selamat. • Berpakaian sopan dan menutup aurat. • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat. • Rehlah kerana Allah Taala. • Menjaga persekitaran rehlah,supaya kecantikan dan kebersihan berkekalan serta boleh digunakan oleh orang lain. • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah. • Menjaga maruah diri dan keluarga. • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH ٭ Bergaul bebas ٭ Memakai pakaian yang mendedahkan aurat ٭ Mengotorkan tempat rehlah ٭ Merosakkan harta benda awam ٭ Melakukan perbuatan maksiat ٭ Tidak menghormati budaya di tempat rehlah ٭ Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium. ٭ Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah. ٭ Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. ٭ Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap. HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH ٭ Mendapat keredhaan dan rahmat Allah. ٭ Memelihara keselamatan dan maruah diri. ٭ Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah. ٭ Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

Nak Lagi??? Cari di sini...