27 Disember 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2013

Mesyuarat ini dimulakan pada jam 8 pagi, 27 Disember 2012. Majlis dimulakan dengan bacaan surah al Fatihah.

24 Oktober 2012

Kempen Reading National Malaysia Book of Record

Pada pagi 24 Oktober 2012,SK Melekek telah berjaya mengadakan kempen membaca serentak 1Malaysia. Semua warga SK Melekek mengambil bahagian dalam aktiviti peringkat kebangsaan ini.
Guru Besar SK Melekek juga menyumbangkan tenaga kreatif di dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. Beliau tampil membuat slot motivasi bagi menggalakkan seluruh warga SK Melekek menambah pengetahuan dengan membaca. Ucapan tahniah daripada beliau kepada adik Nabihan dari Tahun 5 Arif di atas kejayaan adik Nabihan menghabiskan bacaan buku sebanyak 10 buah dalam tempoh 30minit+.
Pihak admin berharap agar aktiviti ini dapat diadakan sebanyak sekali dalam sebulan,bagi menggalakkan kesedaran membaca di kalangan anak-anak SK Melekek.
Sekian, terima kasih..

01 Mac 2011

Berjuang keran Allah...Berjuang untuk Rasulullah

Daisypath Next Aniversary Ticker Lawakjenaka.com Iktibar 1: dalam sirah nabi Muhammad,kita tak pernah dengar atau tak pernah tahu atau tak pernah ambil tahu..... Apa dia? Rasulullah sama sekali TIDAK PERNAH menggunakan gajah untuk berjihad. Seingat saya,di dalam peraturan jihad Rasulullah ada 3 syarat utama. 1. JANGAN MUSNAHKAN RUMAH PIHAK LAWAN... 2. JANGAN MUSNAHKN TANAMAN YG DITANAM OLEH PIHAK LAWAN... 3. JANGAN BUNUH ANAK2 KECIL YG BELUM BALIGH.... Ini jelas menunjukkan Rasulullah tidak pernah menggunakan kekerasan ketika berjihad. Seperti mana yg umum ketahui,tentera bergajah merupakan salah satu infantri yang amat digeruni oleh pihak tentera lawan jika dipunyai oleh lawannya.. Apa yang pasti, unit tentera bergajah akan membawa kerosakan yg dahsyat pd musuhnya.. Iktibarnya,Rasulullah tidak pernah menggunakan tentera bergajah di dalam peperangan...Rasulullah bukan mahu menang dlm pperangan,tetapi Baginda hanya inginkan pihak lawan mencari IMAN, mendalami ISLAM, dan mendudukan IHSAN di dalam hati mereka....ini jelas!!!! Agama yg benar untuk seluruh umat Rasulullah,HANYA ISLAM!!! Jihad Rasulullah seringkali di salah tafsir oleh nasionalis kafir,malahan sebilangan besar Muslim juga,pun salah tafsir... Ingatlah saudara seagamaku,berdakwah itu adalah jihad yg sbenar2nya. dan bperang itu,sesungguhnya hanya beri lebih banyak malapetaka kpd dunia. Contohilah akhlak mulia Rasulullah... kalau saya tersilap tolong perbetulkan.... Sekian....

17 April 2010

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak… Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan… Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas? Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak? Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas…Amin. Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di pagi Jumaat yang barakah ini… ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi. “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang. “Mengapa?” balas saya. “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.” Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?” Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan. “Oh ramai encik…” “Bagaimana dengan anak-anak kakak?” Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Kakak, boleh saya bertanya?” “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi. “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?” Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?” Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!” Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya. “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik. “Maksud encik?” “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.” “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…” “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?” “Maksud kakak?” “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?” “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!” Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya. “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…” Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?” Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.” “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’ “Pasti ada! Insya-Allah.” “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.” “Subhanallah!” “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.” “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan. “Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!” “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.” “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.” “Maksud encik?” “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.” “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!” Giliran saya pula tersenyum. “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar. “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?” “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…” “Maksud encik?” “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.” “Kenapa?” “Kita akan sakit jiwa!” “Kenapa?” “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran. “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan. “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?” “Ah, kita terlalu ego…” Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

17 April 2009

Ujian KOAM

Assalamualaikum, Hati rasa berdebar untuk ambil uijian KOAM gred? Andai Tuhan meluluskan ujian, dapatlah kiranya saya ke Olimpik atau paling2 tidak pun SUKMA 2010 di Melaka. Kalian doakan saya berjaya.

20 Mac 2009

Azan Dari Kacamata Saya

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma, hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.' Ini jelas menunjukkan, kita disaran agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai seorang Muslim kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izin-Nya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah’ semasa sakaratul maut menghampiri kami, Amin Yarobbala'lamin. Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran saya ini. Subhanallah, Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dari Indonesia, negara yang mempunyai penganut Islam paling ramai, terletak di bahagian timur dengan ribuan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1 hingga 1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di Bandar-bandar utama Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya kuasa Allah Taala ! Jika setiap kawasan boleh memasang pembesar suara semaksimum yang boleh, maka, akan bergegarlah seantero dunia ini dengan laungan Azan yang tidak putus-putus. ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

20 Februari 2009

Hari Valentine!!! Hari Yang tak Patut anda sambut!!!

esej Penting... Disebalik Hari Valentine Day... Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 13:00:00 MYT oleh TokPenghulu Artikel Pendek Oleh Lutfi " HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi. Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..

Adab Terhadap Guru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah beberapa adap terhadap guru. ADAB MENOLONG GURU PENGERTIAN • Guru ialah orang yang mempunyai ilmu dan menjadi pengajar, pendidik dan pengasuh. • Guru mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati oleh masyarakat. • Kita WAJIB menghormati dan menjaga adab-adab ketika bersama-sama dengan guru ADAB-ADAB MENOLONG GURU ٭ Jujur dan ikhlas ٭ Menawarkan diri untuk menolong ٭ Bercakap dengan bahasa yang sopan ٭ Mendahulukan memberi salam ٭ Menjaga keselamatan harta benda guru ٭ Tidak mengharapkan balasan RENUNGAN • Hormatilah guru, jangan meninggikan suara dan menyakitkan hati mereka. • Guru jambatan ke syurga. • Doa guru amatlah mustajab, mintalah guru kamu mendoakan perkara yang baik ke atas kamu. • Jadilah murid yang sentiasa patuh kepada guru. • Guru umpama ibu bapa kepada anda SEBAB-SEBAB PERLU MENOLONG Mengenang jasa guru Menjadi seorang yang bertanggungjawab Dapat meringankan beban guru Menggembirakan hati guru Merapatkan hubungan murid dengan guru BENTUK PERTOLONGAN KEPADA GURU Mengawal kelas supaya tidak bising Mengumpul dan menghantar buku ke meja guru Membawa peralatan sukan Memadam papan hitam Memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat dan ceria HIKMAH BERADAB MENOLONG GURU Mematuhi perintah agama Mendapat keberkatan ilmu Dipercayai dan disukai Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat Membentuk peribadi mulia Melatih diri menghormati orang yang lebih tua AKIBAT MENGABAIKAN ADAB MENOLONG GURU Tiada keberkatan ilmu Bersikap malas Pentingkan diri sendiri Rendah diri pekerti Tiada disiplin diri Tidak wujud kemesraan antara guru dan murid Tiada kerjasama Menyebabkan diri menjadi sombong

Kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Alor Gajah Kali Ke-34,Tahun 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah ke atas limpah kurnia-Nya kepada kita. Hadirin sekalian, Walaupun Sekolah Kebangsaan Melekek tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan olahraga tersebut,saya tetap rasa bersyukur. Sepanjang berlangsungnya kejohanan ini,Allah Taala telah mendidik saya supaya bersikap lebih sabar,bersikap lebih prihatin dan lebih fokus terhadap sesuatu kerja. Hadirin sekalian, Saya juga bersyukur apabila dikurniakan anak2 murid yang sentiasa menyokong dan sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Mereka berusaha memulihkan maruah saya apabila beberapa orang guru mengherdik SK Melekek yang tidak mendapat sebarang pingat dalam kejohanan ini. Mereka berusaha keras walaupun tahu apa kesudahannya. Mereka tetap menunjukkan semangat juang yang tinggi. Hadirin sekalian, Sebagai seorang guru, saya berjanji kepada mereka(anak2 murid saya),bahawa saya akan melipatgandakan usaha di dalam menaikkan semula Status SK Melekek di mata Malaysia. Rakan2, kita jumpa tahun hadapan. Bersedialah rakan2ku. Sekian.

15 Februari 2009

Adab Rehlah

PENGERTIAN Anak muridku yang dirahmati Allah, Rehlah ialah pergi melawat atau berkunjung ke sesuatu tempat. Ianya dianggap sebagai melancong, mengembara, berkhemah, menjelajah, atau melawat. Aktiviti rehlah juga boleh dilakukan ke mana sahaja. Antara tempat yang boleh dilakukan aktiviti rehlah ialah di kawasan pantai, kawasan tanah tinggi, pulau peranginan dan sebagainya. Pernahkah anda pergi berehlah? Di manakah destinasi rehlah anda? Adakah anda rasa seronok? Di manakah destinasi rehlah yang ingin kamu pergi? ADAB-ADAB KETIKA REHLAH • Berhati-hati memilih tempat. • Pilih tempat yang sesuai dan selamat. • Berpakaian sopan dan menutup aurat. • Jauhkan diri daripada segala perbuatan maksiat. • Rehlah kerana Allah Taala. • Menjaga persekitaran rehlah,supaya kecantikan dan kebersihan berkekalan serta boleh digunakan oleh orang lain. • Sentiasa berwaspada terhadap keselamatan ketika melakukan aktiviti rehlah. • Menjaga maruah diri dan keluarga. • Menjaga kelakuan. Jangan menonjolkan perangai buruk anda. PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA BEREHLAH ٭ Bergaul bebas ٭ Memakai pakaian yang mendedahkan aurat ٭ Mengotorkan tempat rehlah ٭ Merosakkan harta benda awam ٭ Melakukan perbuatan maksiat ٭ Tidak menghormati budaya di tempat rehlah ٭ Membuat bising ketika melakukan lawatan ke muzium. ٭ Melakukan kerosakan atau mengubahsuai tempat rehlah. ٭ Melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. ٭ Menggunakan bahasa yang kasar semasa bercakap. HIKMAH BERADAB KETIKA BEREHLAH ٭ Mendapat keredhaan dan rahmat Allah. ٭ Memelihara keselamatan dan maruah diri. ٭ Mengambil iktibar daripada ciptaan Allah. ٭ Menambahkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.

14 Februari 2009

Keliru atau Mampu?

Assalamualaikum, Khas untuk anak-anak murid yang saya kasihi. Mulai dari Mac 2009,saya akan membuka ruang untuk kalian mengakses ke blog saya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kamu. Tujuan pembinaan blog ini adalah untuk memudahkan kamu mempelajari bidang Pendidikan Islam dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di dalam hati sanubari saya sering tersemat semangat dan harapan untuk memupuk rasa cinta kepada Allah Maha Khaliq,Rasul yang Kamil dan Islam yang Agung. Agar kita semua diberi Hidayah dan Keimanan yang berterusan. Wahai anak muridku, Saya akan mulakan dengan tajuk adab rehlah sebagai tajuk pengenalan saya. Untuk pengetahuan semua, Adab Rehlah merupakan salah satu tajuk yang terdapat dalam Bab Akhlak Tahun Enam. Semoga catatan dan panduan ini dapat memberi kamu semua ilmu yang bermanfaat dan dapat kamu aplikasi dalam kehidupan seharian kamu sebagai muslim yang soleh.

29 Januari 2009

Buka Sekolah 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua, Selawat dan Salam untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., kekasih ALLAH yang abadi. Tidak dijadikan alam ini,jika tidak keranamu(nabi Muhammad). Ya Tuhanku, terangkan hatiku,sanubariku, dan tunjukkanlah aku pimpinanku, Pembaca sekalian, Rindu rasanya untuk meluahkan hasrat hati dalam blog ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa tidak dikemaskini blog saya, semasa cuti sekolah yang lalu(12/2008). Bukan tidak mahu, tetapi tiada masa. Pada waktu cuti yang lalu, saya banyak menghabiskan waktu bersama ibu bapa saya, isteri, anak-anak, adik beradik saya, sahabat daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam Malaysia (PEKIDA), sahabat-sahabat umum, sahabat-sahabat KHUSUS, dan tak lupa juga, saya banyak menghabiskan masa di Kampung Kabong, Inas, Johol, Negeri Sembilan(tanah tumpah isteri saya). Pembaca sekalian, Untuk berada pada tahap kekhusyukan beribadah, kita tidak sewenang-wenangnya boleh melanggar apa yang telah ditetapkan Allah dan diajar oleh Rasulullah. Pada hakikat kejadian manusia, ALLAH memerintah dan memberi kita satu tugasan yang asyik kita lupa, sehingga sering kali kita mementingkan DUNIA, DUNIA, DUNIA!!! 24 JAM DUNIA!!! Mana AKHIRATNYA? Pernah tak kita fikir? Apa tugasan kita? Ya, IBADAH***** . Firman ALLAH,"Tidak Kujadikan manusia dan jin, selain hanya untuk beribadah kepada AKU." Pembaca sekalian, Pada hari ini, kita sebagai umat Islam sering ditindas, diperlekeh dan dihina serta dicerca sebagai PENGGANAS!!! Tetapi jika kita yang dibom, dibunuh , dikelar, dirogol beramai-ramai dan sebagainya, tidakkah kita dinamakan MANGSA kepada PENGGANAS!!! Maruah kita akan ditarik sedikit demi sedikit. Kehormatan kita dicarik-carik. Kekayaan kita ditertawakan. Pegangan kita diperlekeh. Ahli agama kita, diperkotak-katikkan. Jadi, apa tugas kita...? Ingat pesan saya ini, ZIKRULLAH (berzikir mengingati ALLAH) dan banyakkan Selawat kepada Nabi Muuhammad S.A.W. Insya Allah, kita pasti selamat. Doakan para Mujahidin mendapat kemenangan ke atas zionis LA'NATULLAH!!! Sekian, Insya Allah ketemu lagi. Wassalam

11 Disember 2008

Khutbah Aidil Adha

اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ * اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ * وَللهِ الْحَمْدُ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ هَذَا الْيَوْمَ عِيْدًا لِّلْمُسْلِمِيْنَ وَجَعَلَ عِبَادَةَ الْحَجِّ وَعِيدَ اْلأَضْحَى مِنْ شَعَائِرِ اللهِ وَإِحْيَاءَهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوْبِ. أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْـكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِّلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِْينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، ، أُوْصِيْكُم وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَ للهِ الْحَمْدُ. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Hari ini, kita dianugerahkan lagi dengan sambutan Aidil-Adha. Kita berada di hari ibadat dengan penuh kegembiraan dengan mengingati Allah S.W.T. Kita diharamkan berpuasa selama empat hari berturut-turut sebagai menyatakan kegembiraan kita. Ketahuilah bahawa, setiap perayaan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. ada bersamanya mesej dan pengajaran. Demikian juga Syariat Aidil-Adha jelas membawa bersamanya banyak mesej dan pengajaran. Pengajaran terpenting yang terkandung dalam Aidil-Adha ini adalah kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, umat Islam adalah umat yang satu di mana sahaja mereka berada. Ia adalah umat yang bersatu dengan menghadap satu kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu iaitu "الله رب العالمين" . Maka sudah sewajarnya kita melahirkan kesyukuran kepada Allah S. W.T kerana mengurniakan kepada kita perayaan Aidil-Adha dengan syariatnya yang jelas membawa mesej sesungguhnya kesatuan umat adalah tunjang kepada kekuatan Islam. Banyak perkara dapat dilakukan apabila kesatuan dapat diwujudkan dalam kehidupan kita. Kekuatan yang ada juga dapat dipertahankan jika kesatuan ummah berdiri kukuh samada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Lihatlah bagaimana Allah S.W.T. mewajibkan semua umat Islam yang melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat dengan niat yang satu dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan zikir yang sama menunjukkan bahawa umat Islam adalah umat yang bersatu. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran, ayat 103: Maksudnya : “ Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (Agama Islam) dan Janganlah kamu bercerai berai “ اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ وَ للهِ الْحَمْدُ Saudara-saudari kaum muslimin yang dirahmati Allah, Aidil-Adha merupakan hari memperingati peristiwa di mana Nabi Ibrahim A.S. diuji oleh Allah Taala agar menyembelih putra kesayangannya iaitu Nabi Ismail A.S. Peristiwa pengorbanan ini dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah As-Saafaat ayat : 102-109 Maksudnya : “ Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: “ Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: ‘ Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar. Setelah keduanya telah berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim A.S. merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tumpuk tanah (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu – telah menjalankan perintah Kami, serta Kami menyerunya, “ Wahai Ibrahim! engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata, dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar”. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. “ Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim”. اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ وَ للهِ الْحَمْدُ Kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia, Berdasarkan kepada catatan peristiwa tersebut, nyatalah bahawa orang yang berjaya sebenarnya ialah orang yang sanggup melakukan pengorbanan terhadap apa sahaja yang ia miliki kerana Allah Taala, termasuklah berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga, kepentingan diri, tenaga fikiran, perasaan dan sebagainya. Begitulah juga dengan diri kita. Sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa menyerahkan kepada takdir semata-mata kerana kejayaan tidak datang begitu sahaja. Contohnya, tanpa melakukan pengorbanan dalam berbuat sesuatu, biasanya seseorang pelajar akan gagal dalam pembelajarannya, ulama’ akan dipandang sepi, masyarakat dan rumahtangga akan hancur, kampung halaman porak peranda dan negara akan terus dijajah. Oleh yang demikian. Marilah kita menghayati erti pengorbanan dengan mengamalkan sikap suka berkorban dalam apa jua bidang bila diperlukan. Sesungguhnya betapa mulianya bila kita membudayakan sikap suka berkorban berdasarkan kemampuan masing-masing terutamanya demi kemaslahatan ummah sejagat seperti : 1. Pengorbanan ilmu bagi orang yang berilmu dalam usaha membina ketamadunnan ummah. 2. Pengorbanan akal fikiran dalam melahirkan masyarakat yang bijaksana. 3. Pengorbanan harta benda dan tenaga bagi membantu orang yang memerlukan bantuan sebagai usaha bagi mewujudkan hubungan baik dengan sesama manusia. 4. Pengorbanan masa untuk melaksanakan perintah Allah walau dalam apa keadaan sekalipun bagi memelihara hubungan baik dengan Allah Taala. 5. Pengorbanan jiwa dan raga sebagaimana yang dilakukan oleh angkatan tentera demi menjaga keamanan dan keselamatan negara serta masyarakat. Semua bentuk pengorbanan tersebut sangat dituntut dalam Islam demi kesinambungan hidup dan kesejahteraan ummah di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah : ayat 272 : Maksudnya : “……… dan apa sahaja harta yang halal yang kamu belanjakan ( pada jalan Allah), maka (faedah dan pahalanya) itu untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidak mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ وَ للهِ الْحَمْدُ Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Oleh itu, marilah kita bermuhasabah tentang apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita lakukan?. Adalah ianya merupakan sesuatu perkara yang amat kita sayangi? Jawapannya hanya pada diri masing-masing kerana kita semua pastinya tahu di mana letaknya kekuatan dan kemahuan kita untuk melakukan pengorbanan demi kepentingan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan kita semua dapat menyedari dan berusaha mencontohi pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. bersama anaknya. Itulah satu-satunya contoh yang tidak ada tolak bandingnya di dalam sejarah kehidupan manusia di dunia ini. Seseorang ayah sanggup mengorbankan anak kesayangannya demi melaksanakan perintah Allah walaupun perbuatan itu bertentangan dengan jiwa dan kemahuannya. Akan tetapi demi ketaqwaan dan ketaatannya kepada Allah Taala mengatasi segala-galanya, maka ia bersedia melaksanakan perintah tersebut dengan penuh kesabaran dan ketakwaan. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari Allah Taala dan kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Firman Allah Taala dalam surah ِAl-Haj : Ayat – 37 Yang bermaksud : “ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas dan berdasarkan takwa dari kamu ”. َبارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأَيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

15 September 2008

Assalamualaikum, Hari ini merupakan hari ke-15 kita berpuasa. Kita telah memasuki separuh daripada fasa kedua berpuasa. Pada fasa ketiga nanti,janganlah kita lupa untuk terus mendekatkan diri dengan ALLAH Taala. Apa yang menggembirakan,Allah Taala memberi kita kelapangan dan kesejukan semasa kita berpuasa. Walaubagaimanapun, ada juga di kalangan kita yang masih tidak mahu berpuasa. Mungkin mereka mengalami fobia atau trauma apabila berpuasa. Di sekolah swaya sendiri, telah mula kelihatan murid-murid memberi kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada guru-guru mereka. Alhamdulillah,makin tahun,makin banyak kad taya yang saya perolehi. Moga-moga kita mendapat keredhaan ALLAH.

27 Ogos 2008

Kursus Tafaqquh Fiddin

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Rasulullah Sallah hu Alaihi Wasallam, Terlebih dahulu, marilah kita bersama memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas limpahan kurnia dan rahmat-Nya kepada kita.
  1. Saya amat berterima kasih kepada Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Melaka bersama Unit Pendidikan Islam dan Moral,Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah di bawah kelolaan yang berusaha Ustaz Shamsuddin bin Othman, kerana telah dengan jayanya menganjurkan sebuah kursus yang benar-benar memberi manfaat kepada guru-guru Pendidikan Islam di dalam daerah Alor Gajah.
  2. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan khas untuk Yang Berbahagia Ustaz Ismail bin Mohamad yang turut sama hadir mendengar sesi Pengurusan Jenazah yang disampaikan oleh moderator pengurusan jenazah yang tidak asing algi di negeri Melaka,Ustaz Norazam dan pembantu(model) saudara Hafiz.
  3. Tidak lupa juga,setinggi penghargaan untuk yang berusaha,Ustaz Tuan Haji Dawi yang telah melicinkan program yang dijalankan sepanjang kursus.
  4. Apa yang menarik ialah:
  • Saya dapat mendalami ilmu berkaitan pengurusan jenazah.
  • Saya dapat pendedahan berkaitan bid'ah dan kewajipan.
  • Saya dapat mengetahui sedikit sebnyak tentang fitrah atau sunnatullah ke atas manusia.
  • Saya dapat mempelajari serba sedikit,gaya persembahan moderator yang benar-benar tidak membosankan peserta kursus.
Hadirin sekalian, Kesedaran perlu ada dalam setiap insan di dalam menuntut ilmu berkaitan pengurusan jenazah. Baayangkan, jika kita tiada ilmu tentang pengurusan jenazah,bagaimana kita mahu laksanakan keempat-empat elemen penting dalam pengurusan jenazah. BAGAIMANA???! Adakah kita hanya mengharapkan pak bilal-pak bilal atau pak imam-pak imam(termasuk jawatankuasa Syarak Kariah yang lain), untuk uruskan jenazah orang yang kita kasihi? Adakah kita rela membiarkan sahaja orang lain menguruskan jenazah orang yang kita kasihi? Jika kita mengharapkan sepenuhnya, bahawa ahli jawatankuasa Syarak akan menguruskan jenazah kaum keluarga kita, tanpa ada sedikit pun rasa ingin mendalami ilmu pengurusan jenazah ini, fenomena ini amat MEMBAHAYAKAN umat ISLAM itu sendiri. Mengapa? Kerana, jika kita asyik mengharapkan sumbangan tenaga luar di dalam menguruskan jenazah ahli keluarga kita, lama kelamaan akan terhakis dan terhapuslah terus jalinan kasih sayang di antara setiap insan yang masih hidup. Jika hadirin tidak percaya dengan kenyataan saya, hadirin buatlah ujikaji sendiri. Formulanya, pilih 2 di antara anak-anak hadirin sekalian. Anak 1 - diterapkan dengan segala ilmu Akhirat Anak 2 - diterapkan ilmu dunia+sedikit pengetahuan Islam Mengikut perkiraan hadirin sekalian, anak yang mana akan mendapat gelaran anak yang SOLEH(anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan BAPA dan IBU mereka). Sama-samalah kita renungkan. Akhir kalam, hadirin sekalian, Walau sejauh mana pun kita mahu anak kita pergi menuntu ilmu, janganlah kita lupa, bekalkanlah sekali dengan Ilmu yang mendalam berkaitan Islam, agar kita mendapat manfaat daripada produk-produk yang kita hasilkan. Dengan Izin Allah, produk-produk yang dihasilkan oleh kita akan mendapat gelaran "ANAK SOLEH". Amin ya Rabbal A'lamin...

25 Ogos 2008

UPSR

Bagaimana dengan persediaan anak-anak murid di SK Melekek? Aku sentiasa mendoakan kejayaan mereka di dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi. Pada hari Khamis(21/08/2008) yang lepas,aku telah mengadakan sebuah sidang dari hati ke hati dengan anak-anak muridku. Aku rasa amat terkilan dengan sikap beberapa orang muridku yang dengan sengaja tidak mahu datang ke kelas tambahan yang para guru telah adakan. Beberapa orang rakanku melahirkan rasa dukacita mereka dengan ketidak hadiran murid-murid tadi(murid yang ponteng kelas tambahan). Entah apa nasib mereka nanti. Walau apa jua yang mendatang, aku doakan mereka berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat semasa UPSR nanti. Ingat murid-muridku, KEJAYAAN TIDAK DATANG TIBA-TIBA, KEJAYAAN DATANG DENGAN KEAZAMAN YANG TEGUH, SEMANGAT YANG MEMBARA, dan KEIZINAN ALLAH YANG MENENTUKAN ARAH KEJAYAAN ITU. BERUSAHALAH ANAK-ANAK MURIDKU, AKU GURUMU, MENDOAKAN 42 ORANG CALON UPSR MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN BERKUALITI. AMIN, YA RABBAL A'LAMIN

16 Ogos 2008

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Terlebih dahulu rafak kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Malaysia. Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh kita semua adalah bertitik tolak daripada keringat orang-orang veteran Malaysia,iaitu penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Mengikut kronologi sejarah, Malaysia akan mengalami kemerosotan setiap tahun yang mempunyai akhiran angka 9. Seperti tahun 1959,1969, 1979, dan 1999, kecuali tahun 1989, ini kerana Malaysia telah mencapai kecemerlangan yang cemerlang di persada dunia pada tahun tersebut. Setelah mengkaji dan meneliti beberapa aspek, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat garis panduan,supaya guru-guru serta kakitangan KPM membestarikan diri mereka, sebelum mereka membestarikan pihak lain. Tujuan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) diadakan adalah untuk menjamin kualiti pelajaran dan pendidikan rakyat Malaysia berada di tahap yang membanggakan dan cemerlang. Jika diikutkan belanjawan yang disediakan kepada KPM,memang kita mampu mengadakan LADAP melebihi TUJUH hari. Saya mencadangkan supaya,SEMUA kakitangan KPM wajib menghadiri LADAP yang dianjurkan oleh mana-mana pihak diiktiraf sekurang-kurangnya 12 hari. LADAP yang diadakan di sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Melekek dapat meningkatkan pengetahuan guru dan kaktangan dan merapatkan silatur rahmi di kalangan kami. Pihak sekolah kami sentiasa berusaha meningkatkan prestasi murid dalam sahsiah dan ilmu pengetahuan mereka.

Nak Lagi??? Cari di sini...